Wednesday, June 4, 2008

Kenaikan Harga Bahan Api Negara Melampau...

Kenaikan harga bahan api yang diumumkan oleh YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam adalah tidak berpatutan dan patut ditarik balik sama sekali. kenaikan harga bahan komoditi ini akan membawa kepada kenaikan bahan harian yang lain kerana kos operasi yang meningkat.

Kenaikkan yang mendadak ini akan menjejaskan perniagaan di negara ini, kenaikan ini adalah tidak wajar pada masa dan ketatapan seperti sekarang. Dimana kita lihat kerajaan sekarang ini menghadapi pelbagai masalah, janji perdana menteri pada pilihanraya lepas minyak tidak akan dinaikkan sehingga tahun hadapan. Jika ini berlarutan maka rakyat jelata akan menerima kesan yang amat buruk sekali terutamanya di sabah dan sarawak.

Kerajaan tidak boleh membandingkan penduduk di semenanjung dan sabah dan sarawak, kedua2 negeri ini masih ketinggalan di belakang dari segi pembangunan, pekerjaan, prasarana dan pengangkutan awam. Jika harga bahan api ini disamakan dengan semenanjung maka rakyat yang berada di sabah dan sarawaka akan merana. Pelaburan yang kurang menyebabkan kurangnya pekerjaan di sana, gaji yang rendah serta harga bahan makanan yang tinggi. Jika ini diteruskan maka ini akan membawa kepada pemberontakan rakyat terhadap kerajaan.

Sabah dan sarawak masih perlu diberikan subsidi minyak seperti sebelum ini untuk jangka masa 2-3 tahun lagi, untuk membolehkan ia membangun seperti di semenanjung, kenaikan harga bahan api ini akan menyeksa penduduk2 kampung di pedalaman di mana mereka tidak mempunyai pendapatan yang tinggi sekitar rm100 kebawah sebulan. dan ini akan menyebabkan harga tambang bas/kereta persendirian menjadi tinggi dan mereka akan menjadi lebih tertekan.

Diharap pihak kerajaan akan menimbang semula cadangan penarikan subsidi minyak atau tidak menarik terlalu banyak pada kadar yang singkat. Sabah dan sarawak perlu diberikan subsidi untuk tempoh tertentu.

No comments: