Wednesday, June 11, 2008

Pembentukan Bangsa Malaysia?

Pembentukan bangsa Malaysia, adakah akan menjadi realiti? apakah langkah2 kerajaan untuk membentuk suatu bangsa Malaysia yang kukuh?

Jika diteliti dengan mendalam, pembentukan bangsa Malaysia masih jauh dari genggaman tangan pemimpin2 Malaysia. Ini adalah kerana, Malaysia kini diperintah oleh satu parti yang sememangnya berasaskan perkauman iaitu bangsa Melayu. Kemudian membentuk sebuah pakatan antara parti2 yang juga berasaskan kaum iaitu MCA (cina) dan juga MIC (india). Parti2 ini tidak sama sekali bercampur hanya sekadar bersama dalam satu pakatan barisan nasional.

Bangsa Malaysia masih sukar untuk dicapai jika beberapa perkara penting yang dinyatakan dibawah masih berada di dalam pemikiran rakyat2 Malaysia, saling menjaga kepentingan setiap bangsa.

- Perlembagaan Malaysia -
Perlembagaan malaysia menyatakan bahawa orang2 melayu adalah tuan rumah kepada tanah melayu, iaitu penduduk asal tanah ini dan berhak mendapat kedudukan yang istimewa dan bantuan daripada pihak kerajaan. Orang2 melayu seperti dinyatakan di dalam perlembagaan berhak mendapat biasiswa pelajaran, lebih diutamakan di dalam sektor awam, kedudukan sultan2 melayu dijamin dan kekal, perdana menteri adalah orang melayu, raja berpelembagaan agung adalah dipilih dari kalangan sultan2 melayu dan banyak lagi keistimewaan untuk penduduk bumiputra.

- Sekolah Cina & India -
Penduduk cina dan india di negara ini masih mahu mengekalkan identiti2 bangsa sendiri dengan mengekalkan sekolah2 cina dan sekolah2 india untuk perkembangan bangsa mereka. Mereka tidak berapa menyokong penubuhan sekolah campuran kerana bagi mereka ini adalah langkah kerajaan untuk menghilangkan budaya mereka.

- Melayu sebagai tuan -
Bangsa2 melayu di malaysia menganggap diri mereka adalah tuan di tanah melayu ini kerana mereka mendapat pelbagai keistimewaan berbanding dengan bangsa2 lain. Ini akan menyebabkan bangsa2 lain merasa iri hati dan rasa tidak senang dengan bangsa Melayu. Bangsa2 lain akan cuba mencari jalan untuk bersaing dan menuntu hak yang sama bagi semua kaum.

- Kemasukan pendatang asing -
Jika Malaysia ini mengamalkan konsep negara yang sangat ketat pemberian warganegara dan bangsa2 didalamnya bersatu padu (melayu, cina dan india) menghalang kemasukan pendatang2 asing daripada China dan India. dan tidak bersekongkol dengan pendatang asing, maka pembentukan Bangsa Malaysia boleh dicapai kerana tidak ada anasir2 luar yang menggangu hanya orang yang lahir di tanah Melayu dan mak bapak mereka juga berasal disini berhak menjadi warganegara Malaysia.

- Pembentukan Bangsa Malaysia masih jauh dari genggaman -

Saturday, June 7, 2008

Turun atau mansuhkan tol selesaikan masalah??

Cadangan daripada YB. Khairy Jamaluddin ahli parlimen rembau untuk menurunkan tol atau memansuhkan terus untuk mengekang kenaikan harga barangan disebabkan oleh kenaikan bahan api.

Tapi adakah cadangan dan kenyataan ahli parlimen itu akan dapat mengurangkan beban kenaikan minyak dan barangan di sabah dan sarawak?? adakah cadangan itu dapat mengurangkan kesempitan hidup penduduk pedalaman sabah? dimana sabah dan sarawak tidak mempunyai highway yang bertol. Ini tidak menepati konsep berat sama dipikul dan ringan sama dijinjing. atau untung sama merasa. Jika cadangan YB itu diterima, ianya tidak akan memberi sebarang kesan kepada sabah dan sarawak, dimana kos hidup akan kekal di takuk yang sama. Pendapatan kurang daripada 200 sebulan, kos hidup yang melambung. adakah ini akan dapat memberi keuntungan kepada penduduk sana.

Sabah dan sarawak adalah negeri pengeluar minyak negara, seharusnya subsidi minyak perlu dikekalkan lagi untuk 2-3 tahun lagi untuk membolehkan ia membangun seperti semenanjung. Cadangan pembinaan lebuhraya kota kinbalu-kuching yang dicadangkan sejak puluhan tahun lepas dibawah Sami Vellu tidak menjadi realiti sehingga ke hari ini. Penduduk sabah dan sarawak tidak merasa untuk menggunakan kemudahan jalan raya yang baik.

- Menurunkan tol tidak membantu penduduk sabah & sarawak -

Friday, June 6, 2008

Adakah menteri sanggup berkongsi kenderaan?

Saban hari kita sering mendengar hujah2 daripada para menteri untuk mengajak rakyat berkongsi kereta untuk ke tempat kerja. Tapi adakah para menteri sanggup berbuat demikian dengan jemaah menteri yang lain? berkongsi kereta ke tempat tuju yang sama. Menteri adalah contoh kepada rakyat, maka jika rakyat berbuat demikian kenapa tidak para menteri?

Atas sebab2 keselamatan? kalau begitu para jemaah menteri perlu berkongsi kereta dengan menteri2 yang lain. Dengan harga minyak yang kian melambung tinggi ini, rakyat bawahan hidup dengan kesempitan wang, harga barangan naik. Adakah patut para menteri mendapat pelbagai elaun? jika benar para menteri ini mewakili rakyat, adakah mereka sanggup melihat rakyat yang diwakilinya dan mereka yang mewakilkan menteri ini untuk hidup melarat.

Di dalam dilema hidup kini yang kian meruncing, sepatutnya para menteri juga patut turun padang dan merasa bertapa susahnya orang yang berada di bawah. Hidup biar kepala dilangit namun kaki tetap di daratan.

Thursday, June 5, 2008

UMNO sendiri membunuh melayu...

Dengan pelbagai pergolakan politik yang berlaku di Malaysia kini selepas pilihanraya ke-12 kita dapat lihat bahawa keadaan pentadbiran Malaysia yang kian goyah dan tidak menentu, keputusan parlimen dipengaruhi oleh pengaruh politik.

UMNO (United Malay National Organization) ditubuhkan untuk menentang Malayan union dan memperjuangkan nasib orang2 melayu sehingga hari ini. Tapi sejak kebelakangan ini kita dapat lihat disebabkan oleh tekanan pihak2 tertentu yang mempunyai pengaruh politik, UMNO sudah lupa akan objektif utama penubuhanya iaitu memperjuangkan nasib bangsa melayu di tanah air tercinta ini.

Keputusan parlimen baru2 ini yang telah bersetuju untuk memberikan 45% biasiswa JPA kepada orang bukan bumiputera nyata telah menikam belakang bangsa melayu. Ditambah pula dengan penarikan subsidi minyak oleh pihak kerajaan, ini akan membawa bangsa melayu ini untuk menjadi lebih mundur. Biasiswa untuk orang melayu sepatutnya 65% dan 35% bukan bumiputra ini adalah adil berlandaskan perlembagaan. Subsidi minyak dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat di Malaysia baik melayu bumiputra dan juga bukan bumiputra, tapi adakah kerajaan sedar bahawa masyarakat bukan bumiputra adalah lebih jauh kuat ekonominya. Jika kerajaan bertindak sedemikian maka lebih banyaklah syarikat2 melayu akan gulung tikar kerana kos operasi yang tinggi dan membebankan.

UMNO pelu menilai semula setiap keputusan yang diambil untuk menjamin bangsa melayu ini tidak ditindas di kemudian hari.

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna...

Wednesday, June 4, 2008

Pemberian subsidi secara individu kurang efisyen

Langkah kerajaan untuk memberi subsidi secara individu adalah kurang efisyen lebih2 lagi yang berada di sabah dan sarawak, yang berada di pedalaman negeri. Dimana kemudahan surat menyurat adalah lemah sama sekali, dimana pengangkutan awam adalah tidak ada sama sekali, semata2 bergantung kepada kenderaan persendirian.

Rata2 di sabah dan sarawak yang berada di kampung, kenderaan mereka mempunyai lesen dan cukai jalan yang dah tamat tempoh, kerana tidak mempunyai pendapatan yang mencukupi untuk membayar kos tersebut. Namun mereka masih memerlukan kenderaan untuk ke pekan berhampiran untuk mendapatkan bahan2 harian. Jika pemberian subsidi ini adalah berbentuk individu atau melalui pemotongan cukai jalan, saya lihat pemberian ini tidak akan sampai ke akar umbi, ke rakyat jelata. Dan hanya akan dimonopoli oleh pihak2 atasan dan individu2 yang tidak bertanggungjawab, pendapatan orang kampung di sabah dan sarawak sebulan rata2 adalah dalam rm 200 kebawah. jika ini berlaku, maka kerajaan sekarang adalah kerajaan yang zalim.

Saya gesa subsidi minyak di sabah dan sarawak perlu dikekalkan lagi untuk 2-3 tahun lagi untuk menyamai kedudukan pembangunan di semenanjung. Rakyat sabah terutamanya di mempuyai tempat lain untuk mencari pekerjaan selain bandar kota kinabalu, tidak seperti di semenanjung dimana dengan adanya lebuhraya utara selatan, meraka bebas hendak ke bandar2 membangun seperti kuala lumpur, johor bharu atau ke pulau pinang untuk mencari sesuap nasi.

Kenaikan Harga Bahan Api Negara Melampau...

Kenaikan harga bahan api yang diumumkan oleh YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam adalah tidak berpatutan dan patut ditarik balik sama sekali. kenaikan harga bahan komoditi ini akan membawa kepada kenaikan bahan harian yang lain kerana kos operasi yang meningkat.

Kenaikkan yang mendadak ini akan menjejaskan perniagaan di negara ini, kenaikan ini adalah tidak wajar pada masa dan ketatapan seperti sekarang. Dimana kita lihat kerajaan sekarang ini menghadapi pelbagai masalah, janji perdana menteri pada pilihanraya lepas minyak tidak akan dinaikkan sehingga tahun hadapan. Jika ini berlarutan maka rakyat jelata akan menerima kesan yang amat buruk sekali terutamanya di sabah dan sarawak.

Kerajaan tidak boleh membandingkan penduduk di semenanjung dan sabah dan sarawak, kedua2 negeri ini masih ketinggalan di belakang dari segi pembangunan, pekerjaan, prasarana dan pengangkutan awam. Jika harga bahan api ini disamakan dengan semenanjung maka rakyat yang berada di sabah dan sarawaka akan merana. Pelaburan yang kurang menyebabkan kurangnya pekerjaan di sana, gaji yang rendah serta harga bahan makanan yang tinggi. Jika ini diteruskan maka ini akan membawa kepada pemberontakan rakyat terhadap kerajaan.

Sabah dan sarawak masih perlu diberikan subsidi minyak seperti sebelum ini untuk jangka masa 2-3 tahun lagi, untuk membolehkan ia membangun seperti di semenanjung, kenaikan harga bahan api ini akan menyeksa penduduk2 kampung di pedalaman di mana mereka tidak mempunyai pendapatan yang tinggi sekitar rm100 kebawah sebulan. dan ini akan menyebabkan harga tambang bas/kereta persendirian menjadi tinggi dan mereka akan menjadi lebih tertekan.

Diharap pihak kerajaan akan menimbang semula cadangan penarikan subsidi minyak atau tidak menarik terlalu banyak pada kadar yang singkat. Sabah dan sarawak perlu diberikan subsidi untuk tempoh tertentu.